Saturday, March 19, 2011

BLOG Khas Untuk Liga Kuching - Naim 2011


Atas permintaan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, kenalan serta fan's SADIEHAF di facebook, kami berbesar hati untuk menubuhkan satu lagi BLOG dalam memastikan kemeriahan serta kerancakan sukan bola sepak yang cuba untuk dihidupkan ini kembali semula seperti dahulu.

Selain itu, BLOG Ini juga ditubuhkan dengan tujuan untuk memastikan semua peminat bola sepak bahagian Kuching mendapat maklumat lengkap berkenaan & berkaitan Liga Kuching - Naim 2011 yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

InsyaAllah, jika ada kelapangan waktu dan diberikan kesihatan yang baik, BLOG ini akan di update dengan sebaik mungkin untuk memastikan semua penyokong dan peminat bola sepak negeri Sarawak khusus nya di bahagian Kuching mendapat maklumat yang lengkap dan padat berkaitan dengan liga - K yang sedang berlangsung ketika ini.

Kami juga akan berusaha untuk mendapatkan kerjasama dengan semua FA bahagian dalam memastikan keputusan perlawan serta perlawanan-perlawanan semasa di bahagian masing-masing dapat di update melalui BLOG yang dikendalikan sepenuh nya oleh kami.

Sekian,

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment