Monday, April 18, 2011

Tiada Lagi Pengadil Untuk Liga Kuching - NAIM 2011

Perlawanan hebat dan hangat hujung minggu lepas diantara pasukan SEG United menentang Brook Dockyard FC berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SEG United dengan jumlah jariangan 2 gol berbalas 1.Walaupun dockyard yang terlebih dahulu mendahului melalui jaringan pemain lincah mereka namun ianya jelas tidak mematahkan semangat pasukan SEG United.

Namun yang demikian, isu yang ingin diketengahkan ketika ini adalah berkaitan "keselamatan pengadil perlawanan".Apabila tamat perlawanan tersebut, botol air dan pelbagai objek lain dijadikan sebagai bahan oleh penyokong yang berada di tepi padang untuk meluahkan perasaan mereka.

Ir Haidel Heli
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Negeri Sarawak, En. Ir Haidel Heli ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau mendengar berita tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana beliau masih lagi belum menerima makluman rasmi dari pihak penganjur kejohanan.

"Pada saya, keselamatan pengadil itu adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan.Keselamatan bukan hanya mungkin pada polis mahupun RELA.Saya harap selepas ini mungkin semua penganjur kejohanan dapat menyediakan sekurang-kurang nya 5 orang untuk mengawal keselamatan pengadil didalam mahupun diluar padang". Kata Haidel.

Menurutnya lagi, mungkin pada tahun-tahun yang akan datang, beliau melalui jawatankuasa pimpinannya, akan berbincang dengan semua penganjur untuk menetapkan setiap pasukan yang bertanding untuk menghantar 4-5 orang pengadil mereka sendiri dan pengadil ini akan diberikan latihan secukupnya dan memastikan mereka layak untuk mengendalikan sesuatu perlawanan.



Usaha untuk menghubungi wakil penganjur kejohanan liga Kuching - NAIM 2011 bagaimanapun gagal.



Kemana Halatuju Liga Kuching - NAIM 2011 Selepas Ini ? Khabarnya Pengadil Enggan Mengadili Semua Perlawanan Bermula Hujung Minggu Ini?

No comments:

Post a Comment