Friday, March 25, 2011

Pertembungan Dua Gergasi Bola Sepak Bahagian Kuching Esok



SADIEHAF :: Liga Kuching - Naim 2011 minggu ini diteruskan lagi dengan hanya satu perlawanan yang akan berlangsung selepas makluman yang dikeluarkan oleh Setiausaha Penganjur Kejohanan berkenaan penangguhan 3 perlawanan akibat masaalah padang.

Pertembungan antara dua tokoh gergasi bola sepak bahagian Kuching sudah pasti menarik perhatian bila mana Juara Berganda DBKU akan akan turun menentang skuad Perumahan di padang perumahan jam 4.15ptg esok. (Sabtu)

DBKU sudah pasti ingin memastikan 3 mata penuh dijadikan bekalan tambahan dikala mereka kini akan meninggalkan pencabar lain 1 perlawanan dan sudah pasti, kekalahan akan menyebabkan mereka bakal berdepan dengan risiko dihambat oleh pasukan Brook Dockyard yang hanya ketinggalan 3 mata dibelakang DBKU selepas mereka tenggelam ditangan Yayasan Sarawak minggu lepas.Perbezaan jaringan yang tipis juga menjadi faktor mengapa DBKU tidak boleh tewas pada perlawanan esok.

Perumahan pula bukan lah lawan yang mudah dijinak kan.Mereka lama menyepi dalam dunia bola sepak tempatan dan sudah pasti penampilan mereka kali ini tidak mahu dilabel sebagai "pelengkap kejohanan".Berdasarkan rekod 4 perlawanan, mereka memiliki 2 kekalahan,sekali seri dan sekali kalah serta memiliki rekod 7 jaringan boleh dikira membanggakan.Harus diingat, skuad perumahan kali ini baru memulakan latihan secara bersama sekitar 1 minggu sebelum sepak mula kejohanan dan yang paling penting skuad ini adalah gabungan pemain-pemain senior dan junior yang sangat hebat.

Jadi perlawanan petang esok pasti mencuri tumpuan peminat-peminat sekitar bahagian kuching terutama sekali penduduk kawasan perumahan itu sendiri.Mereka sudah pasti tidak mahu melihat skuad perumahan diratah begitu sahaja ketika beraksi di kubu mereka sendiri.Buat semua peminat, ayuh kita meriah kan perlawanan petang esok.
 

DBKU vs  PERUMAHAN
Padang Perumahan, Rpr Fasa Petrajaya
4.15 petang

No comments:

Post a Comment