Wednesday, March 23, 2011

Tiga Saingan Liga Kuching Ditunda

TIGA perlawanan Liga Kuching-Naim 2011 yang sepatutnya diadakan pada Sabtu dan Ahad ini terpaksa ditunda kerana masalah padang (digunakan oleh pihak lain).
Setiausaha kejohanan, Kamaludin Akil memberitahu atas faktor serta masalah yang tidak dapat dielakkan maka pihaknya yang juga badan induk, Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (PBBK) tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menunda tiga perlawanan.
Tiga perlawanan yang ditunda ialah pertemuan :-

Pulapol VS Sarawak Energy
2)Brooke Dockyard VS Landas 
3)SEG VS Yayasan Sarawak

Bagaimanapun perlawanan Perumahan dan DBKU akan berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini (Padang Perumahan)



~Utusan Sarawak ~ Rabu ~ 23 Mac 2011

No comments:

Post a Comment