Monday, March 21, 2011

Yayasan Sarawak Dapat 3 Mata Percuma



Skuad Yayasan Sarawak yang sebelum ini berada di kedudukan tercorot liga melompat naik ke tangga ke enam selepas Ahli Jawatankuasa Penganjur kejohanan yang diketuai oleh sdr Kamaludin Akil memutuskan semalam untuk memberikan 3 mata kepada pasukan Yayasan Sarawak dengan jaringan 3 - 0.

3 Mata ini diberikan kepada Yayasan selepas perlawanan diantara mereka menentang Sarawak Energy dihentikan serta merta oleh pengadil selepas salah seorang pemain Sarawak Energy "menyerang" penjaga garisan.

"Keputusan ini dibuat selepas pihak jawatan kuasa merujuk kepada peraturan dan perlembagaan kejohanan (LIGA KUCHING-NAIM2011)" - Kamaludin Akil

Sementara itu, satu lagi perlawanan pasukan Yayasan Sarawak yang dihentikan yang melibatkan pasukan Perumahan akan diadakan semuala.Bagaimanapun, tarikh & lokasi perlawanan ulangan ini hanya akan dimaklumkan kepada kedua-dua pasukan kelak.



SADIEHAF Media Team

No comments:

Post a Comment